Pagiiiiii...

Pagiiiiii!!!!

Assalamualaikum semua..

Dah bertahun rupanya blog ini ditinggalkan.. Ada ke yg masih mengintai-ngintai di tirai kamar blog ni?? Rasanya ramai dah 'move on' kan... Ke ada lagi yang masih merindui coretan-coretan merepek merapu saya ni?? hahaha.. Terima kasih kerana sudi menjengah, menjenguk dan merajinkan diri menjelajah ke ruangan angkasa tak berapa lepas ni..

Sebenarnya saya pun dah macam nak 'move on' jugak untuk melampiaskan emosi jiwa raga saya dalam ni.. Tapi hari ni macam terdetik pulak nak membuat peninggalan sejarah dalam ni.. Cuma.... Macam hilang arah tuju dan pedoman pula minda sedar saya ni.. Nak menulis tapi tiada topik.. Kenapa agaknya ya? Mungkin kerana KIT KAT masih belum ditemui? Atau penemuan makhluk terbaru yang bernama FERERRO ROCHER? (Ah..sudah...! Apa yang aku merepek ni??)

Tingg....!! (Tiba-tiba ada mentol menyala di atas kepala aku)

Oh yaaa... Saya ada topik cuma memerlukan sedikit masa untuk dihurai-rungkaikan.. Maklum la dah lama tak bersiaran ni.. Mungkin belum masanya untuk saya coret-carikkan dalam ni.. hahaahah.. Maaf, saya sedang cuba menggunakan bahasa melayu yang betul di samping mencipta perkataan yang lebih kreatif dan membuat kelainan yang agak lain machiam.. Boleh ke? Ah, saya peduli apa.. Janji saya dah kaya dan bahagia sekarang.. Alhamdulillah... Bukan nak bongkak cuma bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada saya sekarang ni.. Pelik tak? Post kali ni saya menggunakan bahasa yang tiada singkatan demi memartabatkan bahasa melayu versi saya sendiri..

Fuh.. dalam tak ada topik tadi, panjang juga saya membebel dah ni.. In shaa Allah saya akan terus mempergunakan bahasa melayu versi saya dalam ni untuk hari-hari yang saya rasa saya nak pergunakan.. Doakan saya ya... Aamiin...

p/s: Untuk perkataan-perkataan yang gagal diterjemahkan oleh google translate, faham-faham sendiri sudah.. Jangan cari dalam kamus pula, confirm takkan pernah ada!

Comments

Popular posts from this blog

test lg....

sepi.....